Friday, October 1, 2010

News Flash!!

Hari ini

Lagi berita mengenai nuklear dipetik dari Berita Harian.

BANGI: Lima lokasi dikenal pasti sesuai untuk pembinaan loji jana kuasa nuklear di negara ini berdasarkan faktor seismik, iaitu pergerakan gelombang tenaga dalam bumi yang disebabkan gempa bumi, letupan atau proses lain membabitkan tenaga frekuensi rendah.Faktor seismik itu termasuk sejarah gempa bumi membabitkan radius 300 kilometer daripada lokasi dicadangkan.


 Jika faktor itu menjadi ukuran, loji nuklear pertama negara berkapasiti 1,000 megawatt itu mungkin dibina di sebelah Pantai Timur kerana aktiviti seismik minimum di Laut China Selatan, berbanding sebelah Selat Melaka yang pernah dilanda tsunami pada hujung 2004.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal) Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), Ir Dr Muhd Noor Muhd Yunus berkata, terdapat faktor lain yang turut dipertimbangkan termasuk oseanografi (kelautan), geologi dan hidrologi (air).

Mengikut geologi, lokasi itu perlu mempunyai lapisan batuan dasar kukuh seperti granit dan sumber air banyak (berdekatan sumber air seperti pantai atau sungai) bagi proses penyejukan bahan api nuklear.

Maklumat itu menjelaskan kenapa lima lokasi dicadangkan berdekatan pantai tetapi jauh dari kawasan penempatan, katanya.

Katanya, loji jana kuasa berharga antara AS$2.5 bilion hingga AS$4 bilion itu tidak dibina di Sabah dan Sarawak kerana beberapa faktor termasuk permintaan tenaga lebih kritikal di Semenanjung.
Permintaan elektrik di Semenanjung secara puratanya 70 peratus daripada permintaan tenaga negara, selain penghantaran tenaga elektrik menggunakan kabel dasar laut (jika dibina di Sabah dan Sarawak) dilihat tidak kos kompetitif, katanya.

Penggunaan tenaga nuklear antara projek penggerak ekonomi menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada bahan api fosil semakin menyusut dan tidak mesra alam dan kerajaan bercadang membina loji nuklear menjana elektrik pada 2021.

Ketika ini lebih 80 peratus penjanaan elektrik disumbangkan bahan api fosil meliputi 60 peratus gas dan 24 peratus arang batu dengan selebih hidro dan biomas.


No comments:

Post a Comment